Saturday, November 17, 2012

BILA TIBA MASA


Bagaimana Kita boleh berbangga dengan DUNIA ini yang sementara???Tanyalah diri kita...Bagaimana jika waktu telah TERHENTI???cukupkah amalan kita???Bila waktu telah berakhir, Teman sejati adalah AMAL.





Ya Allah, Berikanlah kami kekuatan untuk kembali kejalan-Mu dan Selalu ingat Kg Halaman kami  iaitu(SYURGA). Ya Allah, Ambillah Nyawa kami ketika kami sedang mengingatimu, bukan kami sedang dalam KEALPAAN. Amin Ya Rabbal Alamin.  Wassalam. Wallohu'alam.

SUELZALIZEAN

Thursday, November 8, 2012

JANGAN

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don. 

1. JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. 

2. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 
3. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu.
Wallahualam..



4. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

5. JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

6. JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

7. JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

8. JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

9. JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

10. JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

11. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

12. JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

13. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

14. JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

15. JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

16. JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.





Berubah kearah kebaikan adalah sangat susah tp ia cukup senang jika sinar KEIKHLASAN untuk BERUBAH itu ada dalam diri masing-masing.

Selagi CAHAYA itu ada untuk MENYINARI kita selagi itu PELUANG itu ada. Insya Allah. Semoga kita semua sentiasa dalam REDHA Allah s.w.t. Ameen. Wassalam.

SUELZALIZEAN

Friday, November 2, 2012

DHUHA



"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."

"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu duha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di atas bumi, keluarkanlah, jika sukar memudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."

"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak,janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq,hari kiamat itu haq,nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya pepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim, Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Amin Ya Rabbal Alamin.


SUELZALIZEAN

LATEST

MENUNGGU TETAMU

Seperti kebiasaan setiap selepas waktu asar , kami akan menyediakan roti yang sedap-sedap untuk tetamu yang berpuluh ekor (Semua jenis bur...