Friday, October 19, 2012

BERSYUKURLAH PADA MAHA PENCIPTA

Assalamualaikum semua...

 Have a nice day ya!!


 Hehe :-) senyum dalam sedih.. saya buat blog baru je taun lepas, tp sekadar buat.. nak kongsi cerita, xpernah pun post apa-apa. Sebab selalunya saya tak ada masa untuk meneliti dan berkongsi cerita kat blog ni. Tapi tahun ni rasa nak update blog saya.


 Hidup ni banyak ragam. Pelbagai masalah yang perlu kita alami. Tanpa kesabaran kita xkan kuat untuk berdiri!!! Jika diri kita berduka, xbermakna selamanya. Duka itu banyak Hikmah. Setiap kedukaan yang kita alami adalah datang dari Allah s.w.t. 


  Allah itu sentiasa mengingati kita dan sentiasa ada dengan kita. DIa berikan kita sedih supaya kita sentiasa mengingati DIA. DIA nak tegok titisan air mata kita selepas solat. DIA sentiasa ada untuk mendengar rintihan kita. So, xperlu kita nak mengadu pada yang lain kerana DIA sentiasa ada dalam setiap saat nafas kita. Tq Allah. Cintai Allah dalam setiap nafasmu.




 Romantikkan pic kat atas?? Menangis itu satu kepuasan sebenarnya, betul tak? Tq abah ma ,aunt Da, kak tersayang (Siti Ruhaya ) dan family yang selalu ada dengan saya. Thanks a lot's gak pada Ainun, K.ika, Kida, Farahida, Mimi , Izzah dan buat SEMUA yang sentiasa memahami hati ini.



SUELZALIZEAN



Tuesday, October 16, 2012

HADAPI DENGAN TENANG

 Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

  Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

 Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

  Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.

  Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.



suelzalizean




LATEST

MENUNGGU TETAMU

Seperti kebiasaan setiap selepas waktu asar , kami akan menyediakan roti yang sedap-sedap untuk tetamu yang berpuluh ekor (Semua jenis bur...