Wednesday, August 30, 2017

MENUNGGU TETAMU

Seperti kebiasaan setiap selepas waktu asar , kami akan menyediakan roti yang sedap-sedap untuk tetamu yang berpuluh ekor (Semua jenis burung) dengan harapan dapat mengisi perutmu . Mereka datang dengan keterujaan mengigit dan menelan dengan lahap. 

Kebiasaan juga datang dengan bunyi bising dan pulang tanpa ada suara. Kami menganggap kau kekenyangan. Dalam diam kami rasa syukur atas kedatanganmu tamu. Berharap kau bawa lagi ramai kawan keesokkan hari.

Walaupun kami manusia dan kau haiwan , tapi kami dapat rasa kehidupan kau mencari makan seperti kami setiap hari. Keluar pagi dan pulang petang. Kadang kau juga dapat faham bahasa kami. Setiap hari kami mengharap makanan kami habis tanpa dibuang . Kami tahu nilai makanan untuk makhluk yang susah mendapatkannya.

Kau juga punya hati yg bersih. Tak pernah membenci dan dibenci. Sentiasa taat dan bersyukur dengan setiap dari Tuhan Mu.

Terima Kasih Allah swt , Atas anugerah syukur setiap hari dalam diri kami. Dalam menjalani hari-hari sehingga umur dijemput ilahi. Anugerahkan kami dengan mengerti bahasa burung yang kelaparan . Dengan memahami saat kucing dan semut bersama kami. Berkasih sayanglah. 

Indahnya kehidupan akan bersemi sepanjang waktu bagi mereka yang sentiasa dipenuhi rasa sayang.


Alhamdulillah





SUELZALIZEAN 
4:46pm


Saturday, May 30, 2015

KULLUHU KHEIR

Assalamualaikum W.B.T



 Sebelum saya mengulas maksud tajuk ini marilah kita sama-sama berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W ( Allahuma Solliala Sayiddina Muhammad 3x). 

 Tanpa Tarbiah Gerenti Rebah adalah sebenarnya kata-kata penguat untuk saya. Ini menunjukkan kehidupan ini penuh dengan ujian. Kadang kala kita tak dapat terima, yang buruk untuk kita tak semestinya buruk, sebaliknya ia adalah yang terbaik dari Allah SWT.  

 Setiap hari jika beroleh ujian, saya akan fikir itu semua dari Allah. So, setiap yang datang pasti dilalui dengan hati yang tenang. In Sha Allah. Bila saya letak kata-kata ini dalam hati saya bila saya jatuh saya akan bangun sendiri. Dan saya percaya semua adalah aturan dari Yang Esa. :-)

 Kita sebagai Makhluk perlu ingat bahawa Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia pada kita. Teruslah berjalan kedepan tanpa mengundur dan berpaling ke belakang. "Jadilah seperti air sungai yang sentiasa mengalir ke depan walau beribu batu menghalang". 

 Perlu kita lihat pada keadaan sekeliling yang sebenarnya memberi Motivasi pada diri kita. Fokus untuk berbuat baik tanpa mengharap balasan kerana itu adalah sebaik-baik pekerjaan.

 Teruskan mentarbiah diri kerana Dunia ini adalah madrasah kepada kita yang sentiasa lalai dan setiap hari kita sebagai pendosa. 


Tanpa Tarbiah Gerenti Rebah-2:55 Am 


SUELZALIZEAN

Friday, August 22, 2014

DAMBA CINTAMU


Raihan - Damba CintaMu



Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu


Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti



Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

SUELZALIZEAN

Wednesday, September 18, 2013

DAMAILAH HATI

Kesedihan tidak membebankan jika hati dekat Ilahi.
Kesusahan tidak merisaukan jika lidah Berzikir setiap hari.
Kesepian tidak merimaskan jika Al-Quran pendamping Diri.

Miss U All
Ya Allah, Damaikanlah hati ini,
Biarlah Resah menarik sepi,
Biarlah Kasih mengikat diri,
Kepada-Mu aku memegang Janji,
Agar hidup sentiasa diberkati.

Sayang Korang !! Muuuachs
Waktu akan terasa lambat bagi mereka yang Menunggu,
Waktu akan terasa panjang bagi mereka yang Gelisah,
Waktu akan terasa singkat bagi mereka yang Bahagia,
Waktu akan terasa abadi bagi mereka yang Beramal.


Adakala rindu boleh dibendung.
Adakala rindu tidak tertanggung.
Bila berpaut kasih pada Yang Maha Agung.
Tentu segalanya tidak menjadi bingung.
Andai Kasih menggunung tinggi,
Andai sayang sewangi setanggi,
Jika berpaksikan kasih Ilahi,
Pasti bersatu dalam syurgawi.


:: Kebaikan itu mudah bila ada kekuatan
Kesabaran itu indah bila tiada rungutan
   Kecantikan itu terserlah bila ada tautan
   Kehidupan itu payah bila ketaatan.


HIDUPLAH KERANA DIA .



MENERIMA KRITIKAN

Langkah-langkah hiburkan jiwa tatkala dikritik :-

1) Terima Kritikan, anggaplah itu ujian

2) Sabar dengan kritikan, ada orang lebih teruk dikritik



3) Syukur atas Ujian

4)Muhasabah Kesilapan

5) Bertindak. Betulkan yang silap. Teruskan mana kita yakin tidak silap.


Apabila mengkritik pula :-

1) Dahulukan baik sangka

2) Fahami punca perbezaan.

3) Suarakn pendapat sehikmahnya agar perpaduan dapat dikekalkan.

Selamat menempuhi perasaan bila dikritik dan selamat menjadi pengkritik yang terbaik :-).


SUELZALIZEAN

Tuesday, December 11, 2012

UJIAN DEMI UJIAN

Assalamualaikum w.b.t....

   Allah menguji lagi. Disaat ujian itu datang usah kita menangisi kerana ketidakadilan itu. Usah kita kecewa dengan setiap ujian Allah , usah kita iri hati pada yang lain kerana kebahagiaan mereka. Usah kita iri hati dengan kehidupan yang mereka lalui.

   Kerana..... Ujian adalah mematangkan kita. Kita diberian Ujian itu kerana Allah ingin menguji ketabahan kita dalam melalui kehidupan . Bagaimana tahap kita berfikir dengan ujian itu, andai kita tewas dengan ujian hancurlah kita. Berserahlah kepada Allah kerana itu adalah sebaiknya. Mengadulah kepada Allah kerana itu yang Allah suka. Usah kita mengikut nafsu kerana nafsu itu sejahat-jahatnya yang moleh merendahkan martabat kita sebagai umat islam.



TERIMA KASIH KEKUATAN ANUGERAH DARINYA

  Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.



   Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.



  Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. :-)

 Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!







SUELZALIZEAN


Monday, December 10, 2012

TIDAK PERNAH MENGETAHUI DISEBALIK SENYUMAN

Disebalik senyuman itu..


Penuh dengan parut2x yg baru sembuh dari luka yang teruk..
luka yang mendalam dan sukar ditanggung oleh sesiapa,

Kini ianya beransur pulih,pulih dan tidak akan terluka lagi..(TAPI TAK MUNGKIN)

Hidup harus dijalani, Seperih mana pun rintangan,kehidupan pasti dteruskan,terus dan terus,berusaha dan bertawakkal.

Usahalah dgn spenuh tenaga,jgn biarkan tenaga tersisa,kemudian barulah berdoa dan tawakkal, JANGANlah hanya mengharap sesuatu tanpa berusaha.

Saturday, November 17, 2012

BILA TIBA MASA


Bagaimana Kita boleh berbangga dengan DUNIA ini yang sementara???Tanyalah diri kita...Bagaimana jika waktu telah TERHENTI???cukupkah amalan kita???Bila waktu telah berakhir, Teman sejati adalah AMAL.





Ya Allah, Berikanlah kami kekuatan untuk kembali kejalan-Mu dan Selalu ingat Kg Halaman kami  iaitu(SYURGA). Ya Allah, Ambillah Nyawa kami ketika kami sedang mengingatimu, bukan kami sedang dalam KEALPAAN. Amin Ya Rabbal Alamin.  Wassalam. Wallohu'alam.

SUELZALIZEAN

LATEST

MENUNGGU TETAMU

Seperti kebiasaan setiap selepas waktu asar , kami akan menyediakan roti yang sedap-sedap untuk tetamu yang berpuluh ekor (Semua jenis bur...